Tags

,

Esok balik KL.. Yey!! Ahaahhaa.. sejak bila saya jadi budak bandar ni! Begitu sukakan bandar KL? Itulah.. kita ini sentiasa tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Bila nikmat itu ditarik sedikit, barulah kita pandai nak menghargai, padahal ketika itu mungkin sudah terlambat!

Minggu yang sungguh kucar kacir. Secara jujurnya, saya memang menjadi seorang yang negatif pada minggu ini. Kalau ada ulang tayang, pasti saya malu melihat kelakuan saya. Akibat begitu tertekan dengan suasana kerja yang sangat tegang, saya bukan sahaja menjadi seorang perengus, cepat marah dan pemurung, malah saya juga asyik bercakap perkara buruk sahaja setiap masa. Huhuhuu.. apa sudah jadi dengan saya??

Mudah menunding jari ke arah orang lain, tapi kenapa kita tak muhasabah diri sendiri juga kan? Tapi sebelum saya muhasabah diri, baik juga kita lihat puncanya.

Kalau lihat entry saya yang lepas-lepas, tentu tahu kenapa saya marah-marah kan? Itu punca pertama. Kemudiannya, saya ini mempunyai bos yang sangat inginkan kesempurnaan (kononnya lah..). Dia tak tahu kah sempurna itu hanya Allah. Tak mengapa. Saya akan ceritakan apa yang dia ingin kan. Minggu ini ada system walkthrough. Hanya 3 orang dari team saya yang di bawa ke KT. Makanya, bertungkus lumus lah 3 orang ini menyediakan sistem untuk overview kepada user. Tetapi bos-bos saya ini mahukan kesempurnaan, walaupun berkali-kali diberitahu sistem ini masih belum stabil. Jadi salah siapakah kalau sistem tidak berfungsi seperti yang diinginkan? Maka bos-bos saya ini mulalah memaksa-maksa kami memperbaikinya. Di bahagian setup, kami memang mencuba sedaya-upaya. Tapi kami bukanlah developer yang boleh dapat membetulkan semua ‘bugs’, atau system admin yang boleh buat monitoring kalau sistem slow, atau network engineer yang boleh monitor network progress, atau sesiapa sahaja lah yang mereka marahkan. Tapi semuanya dihimpunkan dan diletakkan di atas batu jemala kami. Itu Kedua.

Ketiganya, saya ini mempunyai ramai bos. Semua orang ingin memberi arahan. Semua nak melepaskan tekanan kepada kami. Bos ini pula pelbagai ragam dan tidak tahu di mana batas mereka. Makanya, kami juga hampir jadi gila bila menghadapi orang-orang sebegini.

Keempat, seperti saya katakan tadi, yang datang ke sini ada 3 orang, tapi yang cover semua module hanya 2 orang. Yang seorang lagi, bersikap mementingkan diri, membantu hanya apabila diminta. Lebih sakit hati, bos tak marah, malah marah kami sebab mengganggu dia! huh?

Kelima, kami dihantar awal kesini untuk membuat sistem setup. Tapi kemudiannya mereka marah kerana banyak dokumen belum siap atau tidak dicetak untuk diberikan kepada user. Errrkk.. agaknya bila ye kami nak menyiapkan semua itu? Mungkin mereka fikir kami ada 30jam/sehari. Dan agaknya mereka sangka kami ini boleh meramal bilangan jemputan yang hadir, supaya semua booklet boleh dicetak di office lagi, dan mungkin juga, mereka sangka kami ini tiada barang lain yang perlu dibawa dari KL ke KT ini, melainkan semua kertas-kertas dokumen yang akan diedarkan semasa system walkthrough ini. Jadi salah kami lah kerana kami tak mempunyai 30jam sehari, dan tidak boleh meramal bilangan jemputan yang hadir, dan membawa barang lain selain dari kertas dokumen yang beratus-ratus keping itu. Titik!

Hhmmm.. jika saya mahu bercerita tentang tidak puas hati ini, mungkin panjang lebar karangan entri kali ini. Masa saya mahu letak titik disini dulu. Lain kali.. mungkin malam nanti, saya ceritakan pula kelakuan buruk saya. Bukan untuk dijadikan ikutan, tapi pedoman, supaya jangan berfikiran cetek macam saya. Titik.