Tags

, , ,

Hari ke-dua di KT. Hari ni nak cerita apa pulak ye?

Mula-mula kita update dulu aktiviti hari ini. Bangun lambat skit, sebab saya berchatting dengan budak bilik sebelah. Biasalah, sesi luah perasaan tak puas hati kat bos. So pagi ni, sepatutnya janji nak jumpa di hospital pukul 8.30 pagi, tapi 8.30 pagi baru keluar dari hotel. Tapi yang anehnya, bos saya pula datang lebih lambat hari ini. Apa dah jadi dengan ayat “kamu mesti punctual tak kira apa pun..”??

Kemudian saha seharian bekerja tanpa keluar dari bangunan tersebut walaupun waktu lunch. Lunch di sponsor oleh PM, kitorang makan KFC hari ini. Rasanya ini kali pertama saya makan setelah beberapa bulan tak makan (sejak kempen boikot barangan Israel). Akhirnya, kami semua keluar juga pada pukul 9 malam tadi. Huhuuhuuu…😦

Oklah.. cukuplah update itu. Mari switch pemikiran saya ke sesuatu yang lain pula. Esok, sepupu saya akan berkahwin. Sewaktu kecil, kami agak rapat juga. Walaupun bukanlah rapat dalam erti kata berkongsi cerita dan rahsia, sebab dia lelaki, dan umurnya 2-3 tahun lebih muda dari saya. Tapi kami rapat kerana kami membesar bersama. Ayahnya yang saya panggil Ayahchik sangat mengambil berat pasal saya, jadi kami berdua selalu keluar naik motor bersama-sama ‘abuya’nya. Masa saya belum sekolah lagi, kami selalu juga bermain gusti. Ye.. kecil-kecil lagi saya sudah ganas.

Bila meninggkat dewasa, kami sering keep in touch dan bertanya kabar walaupun kurang rapat. Ehehe.. mungkin susah juga nak mesra dengan orang yang kita jumpa setahun sekali. Kebetulan haluan juga berbeza. Sepupu saya ini menyambung pelajaran ke Universiti di Madinah, manakala saya cuma ke UiTM sahaja. Jadi kadang-kadang jurang itu kelihatan juga. Tapi yang peliknya, kami tetap berhubung, dan kalau dia balik balik bercuti dari Madinah, saya selalu sahaja ikut dia pergi menziarah ibu saudara kami yang lain (kami mempunyai ramai ibu saudara!).

Jadi esok sepupu saya akan berkahwin, dan saya masih di bumi Terengganu ini kerana kerja. Itulah sebabnya kenapa saya begitu depress hari ini. Sepatutnya, saya sudah berasa di Ipoh sejak semalam lagi, membantu family Ayahchik saya untuk persiapan kenduri. Sepatutnya hari ini, saya sudah boleh berjumpa dengan mak dan saudara mara jauh yang sudah bertahun saya tak jumpa. Sepatutnya, waktu sekarang ini, saya pasti akan bersama dengan dua orang lagi sepupu saya (adik kepada yang akan berkahwin, Maryam, dan Ijan, seorang lagi sepupu yang sebaya dengan yang berkahwin), duduk di dalam bilik, bercerita tentang kehidupan masing-masing, dan tentang kenangan silam. Dan mungkin akan terkenang tentang arwah Opah. Dan kami pasti akan kelihatan kemana-mana bersama-sama, kerana itulah yang kami selalu lakukan setiap kali kami berkumpul bersama.

Jadi saya cuma mampu membayangkan perkara itu di dalam hotel ini, sebab esok saya mesti bekerja lagi! Tiada cuti hujung minggu ini!