Tags

, ,

Ahahaa.. kawan saya komplen saya tulis panjang sangat. Huhuu.. bacalah bila anda ada masa. Ataupun bacalah bila time anda ada mood. Sebab saya terpaksa juga menulis, ini saja cara saya nak hilangkan stress.

Ok.. mari bercerita aktiviti hari ini. Pagi tadi, bos sound nak jumpa pukul 9. Tapi kiorang sampai lewat skit, PM suruh kitorang g breakfast dulu. Pastu pepagi buta dah kene membebel dengan bos. Boring sungguh mendapat bos yang skema. Dia cakap, tak kira la pukul brapa server sampai, kita kene punctual datang hospital. Walaupun tak ada keje nak buat pun, menjadi skema itu sangat penting!!! Oh.. saya sudah nak marah sangat ni, terutama bila pikir pasal .ni Mari cepat kita tukar fikir tentang benda lain.

Ok.. saya baru jumpa klik baru kat opis. Cam best gak la bebudak ni. Seorang geng teknikal, ada kat sini outstation ngan team saya. Sorang lagi sekarang tercampak kat Sarawak. Tapi diorang ni memang best la. Cam sengal skit.Ahahaha..😀 Ni pun tengah dok berchating ngan diorang la ni. Mesti nanti asyik dok berchatting je pasni kat opis. Kalau diorang ni ok, saya nak join diorang main futsal lah!

Tadi saya macam ada pikirkan tentang sesuatu. Tapi dah lupa la. Oh ya.. saya sebenarnya sangat rindu nak g outdoors lagi. Lagi best kalau saya boleh pergi dengan kawan-kawan tercinta. Saya macam teringat-ingat lagi saat g Kinabalu awal tahun ni. Jumpa kawan-kawan yang best, tengok pemandangan yang sangat cantik, pastu tetiba boleh bergaduh masa main water rafting, tapi gambar punya pasal, boleh plak duduk rapat2 and sengih2. Kemudian memasing suka buat lawak sengal.. memang saat terindah la saya rasa masa tu.

Oklah.. nak cerita detail-detail pun cam letih la plak. Jadi silalah lihat gambar-gambar yang ada..

regards,

~ha~

aksi-aksi sblm panjat kinabalu

aksi-aksi sblm panjat kinabalu

kaki gunung, ladies in action - sbb aksi ni, org jepun amik gambar kitorang.. jgn jeles!

kaki gunung, ladies in action - sbb aksi ni, org jepun amik gambar ni.. hebat!

Imamal in action

Imamal in action

air kejayaan..

air kejayaan..

lepak di manukan island

lepak di manukan island