Tags

, ,

Sudah pun sampai di KT. Pada mulanya saya buat happy2. Kebetulan memang ada je orang di sebelah saya. Tapi dalam flight, saya kene duduk sorang. Terus teringat pasal kenduri weekend ini. Dan saya rasa stress lagi.

Tapi saya pikir, takkan lah setiap kali entry nak cerita pasal stress, depress dan segala macam penyakit jiwa tu lagi kan. Takkan hidup saya ni asyik berkisar tentang kerja je. Jadi mari kita cuba switch kan otak saya untuk perkara yang lain pula.

Tadi masa sampai bilik, saya terus on pc. Saya lihat dalam email ada orang tag saya kat facebook. Dia tulis tentang wedding plan. Ahahaa.. pusing-pusing, topik ini juga yang keluar. Saya harap anda semua bersabar ye. Umur macam saya ni agaknya, memang tak boleh lari dari topik ni kot. Saya pun tak tahu nak tulis balik dan jawab balik soalan dalam notes tu atau tidak. Macam boring je.. Orang asyik tanya bila saya nak kawin lah, wedding plan lah. Padahalnya, saya bercinta pun tak pernah! Nak ‘berkawan’ pun tak reti. Jadi macamana…

Orang selalu cakap saya ni memilih sangat. Saya memilih ke? Jadi saya pun pandanglah lelaki2 disekeliling saya (yelah.. itu jelah yang paling mudah nak memulakan langkah.. kononnya lah! ahaha.. ). Di department saya, adalah beberapa lelaki melayu (sebab ramai cina dr melayu sebenarnya..). Tolak yang dah berkahwin, adalah sorang je bachelor kat situ. Selain dari umur dia yang muda dari saya, dia jugak dah ada buah hati. Jadi terus kosong pilihan.

Di rumah.. erm.. dengarnya ada budak bujang menyewa di area2 rumah saya tu (housemate saya yang cerita). Mungkin satu blok dengan saya kot. Tapi nature keje saya ni, pergi keje kul 6.30 pagi.. dan balik kul 7 malam (plus minus). Itu belum lagi kalau saya kene outstation ke KT ni. Jadi, saya sendiri sebenarnya tak sure pun kewujudan diorg ni, sedangkan jiran sebelah rumah ni pun saya tak kenal, inikan pulak lah tah orang mane-mane tah.

Saya suka join aktiviti outdoors. Jadi saya ada ramai juga kawan-kawan yang masih single. Kejap saya pikir, berapa ramai yang saya kenal. 2.. campur group petronas.. dan kinabalu.. errmmm.. mungkin lebih dari sepuluh kot! Ok, mari kita justify.. tolak yang dah berkahwin.. ada beberapa orang. Yang sorang tu, saya tak berkenan.. sebab solat pun macam tak jaga je. Geng petronas pulak.. saya pun tak sure sape yang tak kawin. Ahahaha.. yang sebenarnya, saya kurang gemar berkawan dengan budak bujang. Saya lagi suka berkawan dan berbual dengan lelaki yang dah berkahwin. Sebab.. selain dari matang, diorang ni tak cuba nak cakap benda yang merapu. Kalau merapu pun, kita tahu mereka ni tak serius. Atau dalam erti kata lain, saya tak suka orang cuba guna ayat-ayat macam nak test2 orang ni. Saya pening nak pikir orang ni cakap betul-betul ke, orang cuma nak test saya je. Kenapa tak straight to the point je. Ini macam nak mengayat, tapi kadang-kadang macam tak. Buat saya takut je!

Futsal.. dulu ada lah group sendiri. Ramai bujang, tapi masa tu tak terpikir plak pasal semua ni. So group pun dah takde. Satu lagi group opis.. huhuhu.. yang tu pun saya tak tahu siapa yang bujang siapa yang dah kawin. Sebab selain main futsal dengan diorang, nama diorang pun ramai yang saya tak tahu, dan bercakap pun jarang. Lagipun, diorang tengok saya ni macam perempuan ke? Saya rasa diorang tengok saya ni macam kawan-kawan sepermaianan diorang je, macam saya tengok diorang jelah. Dan sekarang ni pulak, saya pun dah jarang join. Lagilah saya takde idea siapalah yang ada kat court tu setiap petang Jumaat!

Oklah.. jadi saya sudah buat justification:

Pertama, saya sendiri sebenarnya takut nak cuba benda-benda ni semua. Saya takut benda ni buat saya sakit otak je lagi. Nak memulakan langkah? Ya ampun.. pikir benda tu je pun saya dah sakit kepala.

Kedua, saya pun macam susah nak percaya lelaki sekarang ni. Tah la, semua pun macam nak main-main je.

Ketiganya, lagipun, mana ada lelaki yang nakkan saya. Saya ni bukan macam perempuan idaman. Kalau kawan tu, memang boleh sangat lah. Tapi isteri.. eehehehee.. macam takde rupa pun.

Keempat, keempat apa ya. Dah lupa plak. Oh ya.. saya ni sebenarnya dok cari alasan je ni. Alasan tulah, alasan nilah. Sebab orang asyik suruh-suruh, saya pun bagilah alasan macam-macam. Kalau betul nak, saya mesti akan cuba sedaya-upaya dan bermacam-macam cara, kan? Pernah ada orang nak kenalkan saya dengan seseorang, saya pun jadi takut terus saya kata saya taknak kawin lagi. Ahahaa… memanglah orang tu nak cari calon isteri, tapi bukannya kalau saya pergi berkenalan dengan dia terus jadi kan? Walaupun bila tengok kawan-kawan, atau tengok movie macam best je bercouple-couple ni, tapi saya sendiri tak ada idea macamana la rupa bentuknya jenis hubungan saya ni nanti. Saya ini kata orang banyak benar tak bolehnya.

Jadi begitulah. Eh, bila saya alihkan perhatian saya dari kerja, mood saya jadi ok dah. Oklah.. saya nak pergi mandi ni.. kemudian nak solat jamak maghrib dan isyak pulak. Lepas tu boleh la berehat. Esok nak bekerja!!

mood kembali stabil skit..
mood kembali stabil skit..

regards,

~ha~