Tags

, ,

Saya nak update skit ni. Sungguh letih la semenjak dua menjak ni. Saya bekerja dengan gigihnya sehingga sudah tidak lagi bermotivasi bekerja.

Saya nak balik kg! Sepatutnya saya bercuti 30-31hb ini. Mula-mula bos saya bagi cuti. Lepas tu dia tak bagi pulak. Saya sangat tension. Kerja banyak, buat saya lagi stress. Kemudian masa pula tak cukup, buat saya lagi down. Tetiba perut ini selalu sakit. Kenapa ya?

Sepupu saya kahwin 1hb. Semua adik beradik n family saya turun Ipoh. Saya? di Kuala Terengganu! Mereka seronok berkumpul dan bersuka ria. Saya? Kene kerja walaupun weekends. Ohhoo.. apa nasib saya. (T_T) Buat masa ini, saya cuba buat-buat lupa tentang weekend kali ini. Semoga tiada apa yang menarik berlaku! *Boleh ke saya doa macam tu?

Saya sebenarnya tak tahu nak marah atau tidak pada bos saya. Saya marah kerana bos tak penuhi permintaan saya (saya mahu cuti) tapi kalau saya jadi bos, saya bagi ke anak buah saya cuti? Lagipun, kalau betul bos saya bagi cuti, saya sanggup ke bercuti dan menyebabkan orang lain pula terpaksa buat kerja saya?? Saya tak suka dituduh menyusahkan orang lain. Jadi end-up saya selalu keliru sendiri. Akhirnya, saya marah dan bengang pada diri saya sendiri. Dan saya sangat down. Sebab saya sendiri pun tak tahu apa yang saya nak! Saya rasa down sampai saya rasa tak mahu makan. (tapi saya makan juga sebenarnya..) Saya hukum diri saya dengan buat lebih banyak kerja. Dan saya tetap rasa down!

Ohh.. baiklah anda-anda semua jangan baca lagi entry kali ini. Takut penyakit demotivated ini akan terjangkit kepada  anda pula. Lagipun sekarang ni saya sakit perut. Nak kata tak makan, tadi makan je. Ntah kenapa ntah..

herrmm...

regards,

~Ha~