Cerita Pertama – Saya @ Office

Semenjak dua menjak ini, saya terasa saya sungguh garang. Garang dengan bos saya! Ehehe.. Dengan officemate, saya tak garang. Tapi bukan semua jugak saya ok. Konsepnya mudah sahaja. Saya akan garang kalau orang kacau saya.

Asalnya saya ingin senaraikan nama-nama orang yang buat saya marah. Sudah merancang mahu menyenaraikan perkara yang saya tak suka tentang mereka. Tapi kemudiannya saya batalkan hasrat. Kalau saya buat begitu, saya end-up jadi seperti mereka juga. Lagipun, saya akan kelihatan membebel-bebel tak tentu pasal pulak.😀

Tapi, memang saya agak garang seminggu dua ini. Mungkin selalu memendam perasaan, sekarang sudah tiba mahu meletup. Ehehe..🙂 Tapi itulah, mesej masih tak sampai. Saya garang sebab saya tak mahu ambil kesempatan atas diri saya. Kerja teknikal mengira-ngira power point dan LAN point itu diberikan kepada saya seorang Panganalisa (Analyst) ini. Patutkah? Saya marah kerana beri kerja tanpa instruction yang betul, kemudian mahu provok saya tak pandai buat kerja. Bagi sehelai spread sheet yang bilangan pc yang diperlukan, dengan data yang tidak betul itu, mahu saya tahu bagaimana mahu mengira LAN point dan power point yang diperlukan. Adilkah?

Tapi bos saya kata, saya marah sebab dia bagi banyak kerja pada saya. Saya ini rasanya sudah sehabis baik cuba untuk tidak berkira kerja. Tak sangka dikata begitu juga.😦 Biarlah, saya sudah tak kuasa mahu bercakap. Katalah apa yang mahu anda kata.

Cerita Kedua – Saya @ Home

Mahu cerita apa, ya? Saya seperti mahu cerita sesuatu, tapi sudah lupa lah. Saya plan nak belanja housemate saya makan lah.

Oh ya, saya baru beli cadar baru. Tapi mana pula cabel hp ini. Nampaknya, tak dapat lah saya tunjukkan gambarnya!

Cerita Ketiga – Saya @ On The Way To Office

Saya pergi kerja dengan kerata housemate saya. Tumpang sehingga ke Masjid Jamek. Dari office kawan saya, saya akan berjalan kaki ke Stesen LRT Masjid Jamek. Saya selalu lihat ramai orang (homeless) tidur di atas stall disepanjang jalan tersebut. Lalu saya terpikir, dari manakah asal mereka itu? Apakah yang terjadi kepada mereka sampai mereka tidak mempunyai rumah, atau tidak mahu pulang ke rumah, dan kenapa mereka memilih tidur di kaki-kaki lima? Tidak sejukkah? Selesakah? Tiada nyamuk kah?

Ada di antara mereka saya lihat tidur di atas beg baju. Dari kampung kah?

Cerita Keempat – Saya @ Rasa Hari Ini

Oklah.. saya sudah penat. Hari ini saya puasa. Tapi saya masih belum pulang kerja lagi. Nanti saya nak singgah KL Sentral dan beli sandwich Subway lah. Yumm sedapnya. Huhuh.. berdosa pula berfikir tentang makanan. Tapi saya tak dapat tahan. Saya rasa nak makan aiskrim Walls yang baru tu jugak lah. Dalam iklan nampak sedap. Dan sebab terpengaruh dengan Buzzy Bugs juga. Heheee…

Selamat Berbuka Puasa kepada sesiapa yang berpuasa. Sudah habis ganti puasa?