Tags

I don’t know why but I feel so tired? Well.. it’s a lie!! I think I know a few things that make me feel so tired..

Saya sebenarnya berada di KT hari ini. Dari malam Isnin, sehinggalah esok malam.. barulah saya akan pulang ke KL. Tapi pergi ke KT itu bukanlah penyebab saya berasa letih. Cuma kerja-kerja di sini yang membuatkan saya berasa letih.

Pertama, tentulah kerana kerja. Kekalutan nak kumpulkan semua orang punya slide dan compile dalam masa yang singkat sungguh menyebabkan saya dan officemate sungguh nervous sekali. Tapi itu cerita semalam. Semuanya berakhir dengan bos saya tak tengok pun slide tersebut. Boleh tak?šŸ˜¦

Kemudian, saya dan officemate saya diarahkan pula mengambil minit menyuarat. Huhuuu.. kerja yang sungguh menyiksakan.

Ketiga, hari ini kami kene pusing bangunan hospital untuk lihat lokasi LAN point dan power point. Kerja itu sungguh penat.. sebab user tiba-tiba sahaja mahu komputer dimerata-rata tempat. Sampai kan kat utiliti bersih pun dia mahu letak. Mana ada serve patient kat utiliti bersih, jadi nak buat apa tengok system dekat situ. Lagi pula, tiba-tiba sahaja ada penambahan pc di sana sini. Dulu masa tanya, tak cakap pun. Huh!

Dan menambahkan rasa lemah-lemah badan ini, bila saya bukak email balasan dari kawan saya. Saya tak mahu komen, anda baca sendiri:

Emel Pertama (dari dia kepada saya):

2009/6/2 mze <m******@gmail.com>

assalamualaikum..Ha..
Aku ada satu peluang bisness..
Menukarkan masa dan pengorbanan menjadi duit..
Sangat menarik..minat tak?

Emel Kedua (balasan dari saya kepada dia):

2009/6/2 ha <*********@gmail.com>

Walaikumsalam..

Sebelum tu nak tanya, apakah itu MLM? kalo MLM.. maka dengan dukacita di maklum kan aku kurang berminat. Ehehee.. jgn marah ek..šŸ˜‰

regards,
Ha

Emel Ketiga (balasan dari dia kepada saya):

2009/7/1 mze <m******@gmail.com>

Apasal lak ko tanya MLM..? kalo ajak bisnes je mesti tanya MLM. Tanya la jual dadah ke.. merompak ke..jual orang ke?
Ada masalah ke dgn MLM ?? MLM pernah bunuh orang ke??

Sorry.. tak tanya rasa nak tanya…

***************************************************

Jadi anda rasa, bagaimanakah perasaan saya. Ok saya ada rasa marah sedikit. Tapi saya rasa lebih sedih sebenarnya. Sampai 2 kali dia send emel kepada saya. Kali kedua itu, emel forward dari emel pertama yang dia beri kepada saya. Sort of remind me of his emel. Sebenarnya, ini kali kedua kedua saya kena. Ada sorang tu, bila saya refuse, dia cakap kesian dengan saya. Dia ingin tolong saya, tapi saya sendiri tak menolong diri saya. Kemudian dia cakap saya mengaku kalah sebelum berjuanglah, dan macam-macam lagi. Tapi sekurang-kurangnya dia tak lah marah saya.

Saya rasa sungguh letih. Ntah kenapa, saya berharap cukup lah tekanan untuk hari ini. Walaupun skrg sudah pukul 8 malam, dan saya sedang bersiap-siap ke rumah nenek officemate saya di Marang (oh matilah berjalan-jalan sewaktu outstation.. ehehe..), saya masih cuak dan sangat-sangat berdoa tiadalah tekanan dari mana-mana orang, terutamanya bos saya yang berada di tingkat atas bilik hotel kami ni.