Tags

,

Sepatutnya nak cerita pasal weekend dari hari Isnin lagi, tapi.. saya sungguh SIBUK!

Sabtu lepas, kenduri adik Pae di Melaka. Saya dah terlupa sebenarnya, sebab dah lama sangat saya letak reminder  dalam hp ni. Saya ingat nak pergi kenduri Isma dan Afizi, siap dah beli hadiah pun. Tapi mengenangkan saya dah janji dulu dengan adik dia, dan saya juga lebih rapat dengan family Pae, dan juga satu lauk kenduri tu saya yg sponsor.. jadi saya pilih kenduri adik Pae la. Tak apa lah, saya sudah wakilkan Atirah dan Mariati.

Jumaat
Pae, hari Jumaat lagi sudah cuti, tapi saya tak boleh. Jadi petang Jumaat baru saya bertolak dari Putrajaya. Saya ingatkan Putrajaya ada stesen bas express. Bila saya nak beli tiket kat Petronas, dia suruh saya naik kat Puduraya kul 9 malam. Hah? Takkan lah. Rupanya Putrajaya takde bas express. Apelah!~ Jadi balik kerja tu, saya naik komuter ke Seremban, dan dari Terminal Seremban, saya beli tiket ke Melaka.

Sampai Terminal Seremban pukul 7 lebih. Bila check, semua tiket ke Melaka dah habis. Saya cuba cari di kaunter lain, saya nampak tiket pukul 10.30 malam ke Melaka. Huhuu~ lambatnya! Takkan saya nak duduk sampai 2-3 jam dekat stesen ni. Pae suruh saya balik KL je, dan datang esoknya. Kata saya, kalau balik KL, jangan harap nak datang balik. Letih tau perjalanan dengan komuter tu. Akhirnya, saya decide nak ambil jugak tiket pukul 10.30mlm tu. Tapi saya tak paham apa yang berlaku, tiba-tiba saja ada seorang lelaki cina suruh saya pergi satu kaunter ni, dan beli tiket ke Melaka di situ. Tapi harganya terus jadi RM15. Dan waktu bertolak pukul 8.30mlm. Itu lebih baik dari pukul 10.30 malam. Bas sampai pukul 9 mlm. Besar betul bas tu, bas VIP katanya. Tapi kalau naik dalam 1 jam je, VIP pun takdelah maknanya sangat.

Sampai Melaka Sentral, Pae pick up saya. Jalan g Mydin jap, beli barang, then kitorang balik dan tidur. Sekejap je terus lena.

Sabtu
Bangun awal, kemudian start gotong royong masak. Memula tugas saya siang ikang masin, ikan yg saya sponsor untuk kenduri nih. Hehehee.. takde lah banyak mana sangat. Lagipun, saya beli kat Pangkor, jadi memang dapat murah skit. Kemudian, potong cili untuk buat sambal belacan pulak. Kemudian, goreng ikan masin dan ikan kering. Habis kerja saya.. tapi oleh sebab cuma dua orang saja yang buat kerja tu, dan cuma pakai 1 dapur, makan masa sampai pukul 11 pagi baru selesai semuanya.

Lepas mandi dan bersiap, saya duduk dalam rumah je. Ntah, saya jadi malas pulak nak pegi khemah. Kebetulan, hujan waktu pengantin berarak pulak. Memang kelakar, sebab pengantin jalan laju masa berarak sebab hujan dah mula rintik-rintik. Tak sempat bunga manggar nak sampai, pengantin dah sampai khemah. Ahahaha..😀

Lepas tu, ada orang tua-tua situ suruh ambilkan baju pengantin dan letak atas bumbung. Itu petua nak kasik hujan berhenti. Ahahaha… Apa punya petua lah! Tapi diorg ikutkan saja. Kebetulan, lepas hujan lebat 15 minit, langit terus cerah! Huhuhuu~

Rasa macam tak tolong apa sangat, tapi rasa sungguh letih sampai saya tertidur depan tv (dan menghalang laluan.. huhuu.. malunya). Bila terjaga, cepat-cepat saya salin baju dan tolong kemas-kemas diluar. Malam, tak ada aktiviti apa pun, cuma berbual-bual bersama family Pae.

Ahad
Pagi-pagi lagi, kira barang-barang yg pinjam untuk kenduri. Kira pinggan, mangkuk, dulang, periuk, cawan dan macam-macam lagi la.

Kemudian, tugasan saya kene teman pengantin amik gambar outdoor, di tepi sawah, dekat bunga lalang dan di jambatan kayu. Saya kene tolong touch up pengantin dan pegang lampu dah kadang-kadang payung juga.. huhuuu~ Macam Garfield juga, kene jadi tripod pulak. Sebenarnya, ini pengalaman kali kedua jadi tripod. Dulu pun penah juga, so saya rasa saya ok dan seronok je. Tapi tugas touch up itu memang saya rasa lemah. Saya ini manalah pandai touch up, inikan nak kene touch up pengantin pula.

Seronok join outdoors, sampai jamm jalan sebab kereta asyik hon dan bawak slow sebab nak tengok orang buat outdoors. Balik pukul 11, barulah nak mandi pagi. Lepas lunch dan solat Zuhur, kitorang bertolak balik KL.

Begitulah. Pengalaman yang tak mungkin saya lupakan. Sebenarnya, ini dah kali kedua saya involve dengan kenduri di rumah Pae. Pertama dulu masa kenduri Amir, abang Pae. Sekarang kenduri Shah pulak. Saya harap, bukan kenduri di rumah orang jelah saya boleh involve, kenduri adik saya nanti pun, saya boleh contribute lagi banyak lagi.

Shah dan Farah - curik amik gambar time diorg outdoors

Shah dan Farah - curik amik gambar time diorg outdoors