Tags

, , , , , , , , , , ,

Oleh sebab terlalu gembira kerana tak perlu kerja pada hujung minggu, saya telah menghabiskan duit membeli 2 buah movie, sebuah siri drama korea dan sebuah buku cerita.

Hasil Tangkapan Saya!
Hasil Tangkapan Saya!

Lewat kebelakangan ini, saya terpaksa mengakui.. saya menjadi sedikit melankolik, atau dalam erti kata lain, jiwang! Makanya habislah cd cerita pilihan saya kali ini dari unsur-unsur cerita romantik. Huhuuu.. tapi saya peduli apa. Itu yang saya rasa sekarang ini!😀

Hasil tangkapan saya hujung minggu lepas:
1. Me… Myself (sebuah cerita Thailand)
2. Coffee Prince (Korean Drama Series)
3. Kaizaro (Jepun)
4. Ketupat Cinta – Faizal Tehrani.

Saya sudah pun menonton 2 dari cerita yang saya beli. Kedua-duanya telah pun masuk dalam favourite list saya. Sebenarnya, filem ‘Me… Myself’ saya beli kerana saya suka rambut hero itu. Panjang dan lembut. Ehehehe..😀 Maaf, saya memang sangat suka lelaki yang berambut panjang (tapi bukan yang terlalu panjang dan tak terurus ya!) Muka pun memang hensem juga. Tapi end up, ceritanya juga sangat menarik dan buat saya tersentuh. Drama ‘Coffee Prince’ pula, saya memang pernah tengok di tv. Cuma saya selalu tertinggal episod. Dan saya rasa tidak menyesal membeli siri ini. Nantilah.. di lain masa, saya akan ceritakan sinopsis cerita-cerita yang saya tonton ini.

Bercerita tentang cinta dan kebetulan di dalam movie, tiba-tiba, saya teringat cerita semasa di UiTM Manjung dulu. Ketika itu, rumah/dorm saya (kerana asrama kami adalah rumah kedai) dilanda kegilaan mencari kenalan di Majalah Galaxie. Maka saya dan seorang kawan saya ini, Faiz juga teringin nak mencari kenalan dari majalah tersebuat (padahal, kami tak pernah baca atau membeli majalah Galaxie). Setelah meneliti kriteria yang ada, kami pilih seorang mamat ini, saya pun tidak pasti kriteria apa saya lihat, cuma yang saya ingat, mamat ini dari sekolah agama.. (atau dia boleh berbahasa arab? saya sudah lupa!). Dia menggunakan nama Al Capone. Entah apalah saya tulis dalam surat tersebut, saya pun dah lupa!

Setelah beberapa lama, ketika kami sendiri pun sudah hampir terlupa tentang surat tersebut, kami menerima surat balasan dari lelaki bernama Al Capone ini. Tentu lah seronok kan? Sebab tak sangka juga mendapat balasan. Sebab surat itu berkongsi dua nama, maka alamat kami letak alamat UiTM sahaja. Tapi kemudiannya, balasan tersebut membuatkan kami berdebar dan ketar lutut. huhuuu.. Manakan tidaknya, rupa-rupanya, Al Capone itu adalah pelajar UiTM Manjung juga. Sudahlah UiTM Manjung itu kecil sahaja. Fakulti cuma ada empat. Setiap course juga pelajarnya tak seramai mana. Malah hampir semua studentnya duduk dalam asrama.

Jadi, saya dan Faiz sudah ketakutan sendiri. Ahahaha..😀 Iyalah, di waktu itu kami juga belum matang lagi. Kami cuma ingin bermain-main sahaja. Bukannya nak berkenalan dan berjumpa dengan orang itu. Sampai nak pergi ke kelas pun kami sudah takut-takut (sebenarnya saya yang lebih takut), sebab asrama lelaki di atas kelas kami sahaja. Apatah lagi, bila kami risik-risik, kalau tak silap saya, mamat itu tinggal sekali dengan Da’a, classmate saya. Ngeri sungguh saya rasa pada masa itu.

Perkenalan itu berakhir dengan kami tidak lagi membalas surat mamat itu. Malah saya selalu takut sendiri kalau-kalau classmate lelaki saya tahu tentang perbuatan kami. Memang kelakar pula bila difikirkan betapa tak matangnya kami menghadapi keadaan tersebut. Kawan sahaja lah kan, bukannya kami nak pergi mengorat orang, kan? Ehehe…

Jadi saya terfikir, kalaulah di dalam movie romantik, mungkin plot ini dijadikan permulaan perkenalan diantara hero dan heroin. Dan oleh sebab ada 2 orang perempuan berkenalan dengan seorang lelaki, maka tentu akan berlaku konflik dua orang perempuan menyukai seorang lelaki. Ahahaha.. apa yang saya merepek ni.😀 Realiti dan filem memanglah sangat berbeza, kan?

Oklah.. Saya mahu mula bekerja!