Tags

Nak tahu kenapa saya create this new blog?

Seingat saya.. mungkin ada saya dah terlupa, saya ada banyak blog. Yang pertama, saya buat kat blogdrive. Tidak menggunakan nama sebenar. Saya buat untuk meluahkan perasaan. Tensen belajar, tensen juga dengan perkara-perkara malang yang terjadi. Tapi saya tak sanggup orang tahu tentang perasaan saya. Sebab saya ini dikenali sebagai orang yang ‘baik’ dan happy. Jarang marah direct pada seseorang. Beberapa lama selepas itu, blog saya ada pengikut sendiri, walaupun tak ramai. Kemudian, seperti biasa.. ada orang yang tak suka pada saya, dan memberi komen2 yang menyakitkan hati. Mungkin dia sakit hati dengan entry saya. Mungkin dia terasa sendiri.. saya rasa saya tak bercakap tentang dia pun. Dan kemudian, saya pun begitu sibuk. Maka.. blog itu pun terbiar begitu sahaja.

Kedua, kalau tak salah saya, blog di frienster. Blog itu saya suka update. Sebab saya tahu pengikutnya adalah kawan-kawan saya sendiri. Tapi kemudiannya, friendster sangat susah di access, dan banyak company dan badan kerajaan block access di tempat kerja. Saya sendiri juga menghadapi kesukaran nak update friendster. Maka, jadi lah blog di friendster itu sekali sekala sahaja saya update.

Kemudian, blog untuk school gathering saya buat di blogdrive. Hanya update apabila ada gathering. Tapi bila sudah terlalu lama tak ada gathering, saya pun sudah lupa tentangnya. Jadi bila ada gathering, saya pun terlupa nak update.

Ada satu blog ni, saya lupa nama site tu. Saya create sebab saya selalu download lagu kat sana. Tapi bila link download lagu tidak lagi berfungsi, saya pun berhenti melawat site tu. In fact, saya cuma ada dua entry sahaja di sana.

Saya pun sudah lupa, di mana lagi saya ada create blog baru. Sebab saya suka mencuba dan menguji features yang ditawarkan pada sesebuah blog engine tersebut. Tapi semuanya hanya one time entry, dan saya rasa featuresnya tak ada apa yang menarik atau berbeza.

Terakhir, blog saya di 360 Yahoo. Saya suka blog itu. Simple sahaja. Sebab saya tak suka buang masa modified appearence begitu banyak. Bagi saya, apa yang penting adalah isi kandungan blog tersebut. Tapi kemudiannya, yahoo  ini bertindak begitu efektif, telah publish link blog saya di yahoo messenger, setiap kali saya update blog. Kebetulan pula, saya baru sahaja memasukkan nama team saya (termasuk bos-bos) dalam ym friend list. Maka sudah tentu bos saya boleh (atau sudahpun..?) membaca blog saya. Padahal, ketidakpuasan hati saya ini memang selalunya berkisar tentang kerja dan orang-orang disekeliling saya. Huhuhuu.. cepat-cepat saya, (tak tahu la sempat ke tak..) block access blog tersebut, restrict hanya kepada orang yang saya benarkan sahaja. Tapi tentulah saya rasa tak seronok, sebab saya menulis blog sebab saya ingin berkongsi rasa hati saya dengan semua orang (terutama, kawan-kawan saya). Sekarang saya semacam terpaksa pula menjemput mereka masuk ke dalam blog saya. Saya sangat faham perasaan menerima email-email invitation ini.

Dan terkini, yahoo mahu tutup application 360 pula, dan mengubahnya ke dalam yahoo profile. Dan saya kurang menggemari features yang ada di yahoo profile. Jadi saya mengambil keputusan untuk create satu blog baru, yang tidak ada kene mengena dengan yahoo (supaya dia tidak perlu update kepada semua orang-orang yang tak perlu setiap kali saya update blog), dan saya juga tak perlu nak strict rules tentang siapa yang boleh dan tidak boleh access blog ini. Sesiapa pun boleh!! Saya pilih wordpres, kerana terpengaruh dengan beberapa pengguna wordpress seperti kawan saya BuzzyBugs dan beberapa orang lain yang saya sudah lupa siapa. Boleh ke macam tu?

Begitulah! Saya juga tak dapat berjanji berapa lama saya akan stay di sini. Seperti saya katakan tadi. Saya tidak begitu tertarik dengan apperarence yang boleh saya hasilkan di blog saya. Apatah lagi kalau kalau ia agak complicated (untuk menghasilkan yang tercantik atau yang terbaik!). Saya suka modification yang simple sahaja. Yang penting, saya boleh update sebanyak mana yang saya suka.

Tapi semuanya memang subjektif. Hari ini saya mungkin tidak suka. Akan datang, saya mungkin suka. Lagipun, agak letih jugak bertukar-tukar blog engine ini. Terpaksa memberi tahu orang lain. Terpaksa belajar tentang features baru. Terpaksa belajar bagaimana mahu menjadikan blog ini, seperti identiti saya. Dan macam-macam lagi yang perlu belajar.

Banyaknya entry! Oh ini sebenarnya memang habit saya. Eheheh..😀

Eh, semalam sewaktu pergi kerja.. teksi yang saya naiki terlanggar seorang penunggang motosikal. Seorang perempuan. Saya pun tidak sedar. Tak sempat nak sampai LRT lagi. Nampak pemandu teksi itu agak cemas juga, mungkin tak menyangka terpaksa melalui keadaan seperti itu di awal pagi. Dia pun sendiri tak perasan bila dia terlanggar penunggang motosikal tersebut. Selepas melihat keadaan penunggang, saya cepat-cepat membayar tambang, dan bergegas ke LRT. 5 minit perjalan lagi. Bukan selfish, tapi saya rasa kehadiran saya tidak membantu apa-apa pun. Nanti saya terlambat sampai ke LRT pula. LRT itu, kalau saya sampai selepas pukul 7, walaupun hanya terlewat 5 minit, sudah susah mahu bolos ke dalamnya. Ntah kenapa, kebelakangan ini, LRT semakin ramai penggunanya, walaupun pada pukul 6.45 pagi. Huhuhuuu..

Menggunakan camera hp pertama saya (Nokia 3230). Baru skrg nak gunakan gambar ini..

Menggunakan camera hp pertama saya (Nokia 3230). Baru skrg nak gunakan gambar ini..