Tags

,

Saya di opis sorang2 ni. All my team semua hilang. Ada yang kene pegi KT, ada yang kene pegi Putrajaya dan ada yang kene attend exhibition. Sungguh happy rasanya duduk sorang2 di opis. Takde meeting dan takde sape nak kacau. Tapi kadang2 rasa cuak jugak, sebab macam saya sorang je yang terpaksa test semua system. Tak reason la nak bagi lah kalau macam ni, sebab saya ada je di opis.

Saya masih sakit perut. Entah bila lah sakit ni nak hilang. Ohh.. saya kene banyak2 bersabar dan kene selalu ingat, sakit itu dapat menghapuskan dosa2! Tapi saya dah lupa.. dosa kecil ke dosa besar?

Sebenarnya.. saya rasa sangat malas hari ni. Ditambah plak sakit perut ni.. saya rasa macam tak larat nak buat kerja. Tapi saya paksa2 jugak diri.. maka jadi lah saya 10 minit buat kerja, 10 minit surfing dan baca blog.

Saya ada satu misi sekarang ni, iaitu cuba nk mengurangkan berat badan. Menguruskan badan? Pun ia juga.. tapi saya kurang bercaya kalau saya akan kelihatan kurus. Cuma berat ni memang perlu dikurangkan.. sebab saya sudah mencapai tahap badan yang tidak seimbang lagi. Lagipun.. kalau saya tak kawal berat saya ni.. nanti dia akan bertambah lagi. Maka, saya telah cuba mengamalkan minum satu jus minuman ni. Saya tak suka rasanya sebab ada rasa susu. Tapi ada rasa oren juga. Dan baru 3 hari cuba.. saya asyik rasa sakit perut je lepas minum. Kenapa ya? Nama jus ni jus Mate 5. Saya rasa.. kalau begini lah setiap kali minum jus ni.. lepas habis sekotak ni.. saya tak mahu minum lagi. Saya bukanlah orang yang sanggup menyeksa diri untuk cantik. Kalau berkorban skit tak mengapalah. Tapi kalau asyik sakit je.. boleh mengganggu fokus dan mood kerja saya.

Oklah.. hari ni saya sudah update blog dua kali. Apa nak jadi dengan saya ni??

regards
~ha~