Akhirnya… ehehe.. :D

Bukhansan National Park

Hari ke-3, kitorang decide nak ke Bukhansan National Park. Sebenarnya, ada sedikit perbalahan masa nak buat decision nih. Macam biasa, saya lah yang minta diorang fikirkan balik. Bukan apa, yang 2 hari berjalan sekitar Seoul pun, flat asyik nak tidur je kejanya. So saya suruh la diorang fikir balik idea nak ke sana.

Buat at the end, the decision is still Bukhansan.

seperti biasa, kalau kawasan rural area je, mesti kena naik bas jugak..

susah nak ambil gambar berempat.. dapat dari sini pun jadilah..

kepenatan mendaki.. jauhnya nak sampai kaki gunung..

Masa ni, season change dah nampak banyak. So, banyak pemandangan cantik. Tapi kalau betul-betul dah masuk musim luruh, oh itu lagi cantik. Macam dalam gambar buku Travel Guide saya tuh!

We spend almost whole day kat sana. Sepatutnya dalam 2-3 jam hiking je. Tapi we spend a lot of time buat macam-macam benda. Mendaki, ambil gambar, mendaki, makan, mendaki, ambil gambar, solat, mendaki lagi dan sampai puncak! Lepas tu ambil gambar lagi. :D

entrance.. peluh dah mencurah-curah dah..

track bermula..

Luckily, I still survive after the hiking. May be the peak is not too long. Although I hiked very slow.

Walaupun saya dah biasa juga ikut kawan-kawan saya mendaki, memang saya terasa perbezaannya di sini.

nyaris cuaca redup hari tu..

Pertama, sudah tentu sebab udara dan pemandangan di Korea. Oh, udara memang lebih sejuk. Kalau makan gula-gula mentos dan sedut udara.. uhuhuh memang mendalam betul kesannya. Dan pemandangan di sini sangat lain dari gunung di Malaysia.

Yang kedua, sebab susahnya nak berkomunikasi dengan Hikers lain, sebab hampir semuanya orang Korea. Orang Korea memang suka mendaki kot. I mean, dah tahap makcik-makcik dan pakcik-pakcik pun, masih kacak dengan pakaian hiking dan mendaki dengan penuh bergayanya. uh uh uh.. segan saya jadinya!

banyak track tangga batu macam nih..

Tapi masa kat puncak kami jumpa satu hiker ni, orang Korea yang pandai cakap english. Memang dah jadi kaunter pertanyaan la dia kat atas tu. Banyak betul kami nak tanya.

saya suka langit Korea waktu ni.. Subhanallah!!

sebab melepak lama sangat, terpaksa solat kat atas.. takut tak sempat nk turun dan solat kat bawah

dan sebenarnya.. kami tak sampai puncak pun lagi.. tingginya lagi nak naik!

Ada sekali tu masa tengah mendaki, saya ada dengar bunyi meletup. Masa tu kami asyik pikir pasal Korea Utara je. So, bila jumpa mamat ni, terus tanya dia pasal bunyi tu. The funny thing is, saya pun dah habis lupa perkataan english. So instead, saya pergi tanya macam ni..

Just now, I heard sound boom boom. What was that?” sambil pandang muka Mar, kot-kot dia bleh provide perkataan yang lebih baik.

tengah queue nak naik puncak. walaupun tak sampai lagi.. ade orang tu tak sabar-sabar nak buat pose kejayaan!

When Mar come out with word ‘fire cracker’, terus pakcik tu dah salah paham. Mamat Korea tu ingat kami cakap pasal pesta bunga api kat Seoul. HAHA. :D Lepas 2-3 kali ulang ayat yang sama, sambil cakap mungkin tak sebab North Korea, terus mamat tu bantai gelak kat kitorang.

Rupa-rupanya, itu bunyi tembakan tentera berlatih kat istana. Dalam setahun ada dua season yang diorang berlatih, waktu musim bunga dan musim luruh. Mamat tu siap cakap, jangan risau, tu bukan bunyi North Korea tengah berperang ke, berlatih perang ke apa. Jeezz.. malu saya! Nampak sangat takde knowledge pasal Korea.

Nasib baik sempat juga ambil gambar dengan mamat Korea ni! - credit: Mar

best port la orang ni berdiri..

Kitorang balik dah lewat sangat. Dah maghrib. Sampai city, dah malam!

Itaewon

Balik je, terus singgah Itaewon, tempat yang ada banyak halal food. This place is like foreigner place. Memang banyak la nak jumpa foreigner kat sini. Dan satu-satunya masjid kat Korea terletak di sini.

Malam tu, kami makan kebab Pasha, kebab orang Turki. Tapi, kata seorang mamat US yang pandai cakap Indon yang kami jumpa kat luar kedai tu, tempat yang kami beli tu kurang sedap. Isi dagingnya kurang. Dan sebenarnya, owner kedai tu sebenarnya orang Korea. Whatever la bro, kitorang dah lapar sangat. Lagipun, lambat sangat cakap, kitorang dah beli pun.

Lapar sangat, kitorang beli aiskrim makan kat situ. Makanan kitorang tapau mkn kat umah - creadit pic: Mar

Okay.. habis cerita hari ke-3.

Regards,

~Kim Yu Ha~