Saya pernah cerita kan yang saya telah kehilangan dompet yang termasuklah pengenalan diri, duit dan segala kad-kad penting. Apa nak buat? Mari kita semak, apa yang perlu buat!

1. Buat laporan polis.

Atas nasihat beberapa orang dan kalau reasonable lah, buat report kecurian dompet, instead of kehilangan dompet. Sebab this is the starting point of tekanan yang akan berlaku. Tak faham? Bacalah step-step selepas ni. Tapi macam mana cara tulis report tu, perlu nak nak state peristiwa, nama pencuri (hahaha.. kalau tau nama pencuri, might as well pergi tangkap terus kan?), rupa pencuri dan sebagainya, saya pun tak tahu. Sebab saya buat report kehilangan dompet. Dan ia sangat simple. Lepas dah buat report tu, pergilah fotostat report barang 3-4 helai, sebab nanti boleh la bagi pada bank atau mana-mana pihak yang nak report polis yang berharga RM4  tuh

2. Call bank for credit & debit card

A minute after you realize you lost your cards, sila jangan berlengah-lengah nak tunggu sampai esok baru nak buat call dan report kehilangan. Immediately, kalau pukul 2 pagi pun 2 pagi la, terus call bank untuk terminate the cards. Semua bank ada menyediakan perkhidmatan terminate card secara immediately (HAHA.. ayat aku tak bleh blah.. bercampur-campur). Kalau bank tu tetiba buat masalah cakap tak boleh, kata sistem dia problem or down or apa lah, anda marah je terus dia kat situ. HAHA. Nampak sangat kan ape saya dah buat? But actually, you have your right. Sangat bahaya membiarkan kad kredit dan debit anda di tangan orang-orang tak bertanggungjawab. Paling tidak, orang tu boleh guna kad anda kat stesen minyak. Stesen minyak la tempat yang paling takde security in terms of nak guna kad kredit. Kalau Alliance Bank, anda akan dengar mechine tu cakap, perkhidmatan mereka hanya dari pukul 8 pagi hingga 6 petang kot. Kata orang customer service diorang, anda perlu dengar mechine tu bercakap-cakap sampai habis, sebab last sekali dia akan bagi no untuk anak press kalau nak report kehilangan. Apakah? Tak user friendly betul!

3. Buat IC di JPN

There are a few thing need to be noted:

  • Kalau report anda menunjukkan anda kehilangan IC, anda perlu bayar RM110 (untuk kehilangan kali pertama). Kalau report anda kecurian, anda cuma perlu bayar RM10. So, nampak tak kesan anda buat polis report kecurian instead of kehilangan. Kesian orang yang sedang dirundung malang tu, dah lah kehilangan dompet, nak kena bayar banyak pulak tu. Habis, kalau takda duit, sebatang kara di perantauan pulak tu, takde sapa nak mintak tolong, so tak payah buat IC lah kalau macam tu? Tunggu sampai dapat gaji?
  • Kalau buat di luar Putrajaya, IC siap dalam masa 10 hari. Kalau buat dalam Putrajaya, IC boleh siap dalam 1-2 hari. Ini pun ada kesan yang besar jugak. Nanti saya cerita kat bawah. Kalau anda duduk di luar Putrajaya, takkan nak kena ulang alik pulak pergi Putrajaya, kan? So, anda boleh buat kat mana-mana JPN, tapi kalau nak dapatkan IC dengan kadar yang cepat, request nak amik kat Putrajaya. Sila bagitau awal-awal masa nak buat tu kat kaunter tu, kalau tak nanti orang kat kaunter tu akan membuat muka bengang sebab dah menyusahkan dia terpaksa cancel transaction yang mula-mula tadi, dan buat transaction baru, dan anda pun akan kena amik gambar 2 kali (saya lah tu! HAHA).

4. Buat lesen kereta.

Lesen adalah perkara yang paling senang anda nak buat! HAHA. Saya sangat gembira sebab tak sampai 1/2 jam dah siap. Provided anda perlu sediakan dokumen yang diperlukan. Iaitu sediakan sekeping fotostat IC dan sekeping gambar anda yang paling cantik. Kalau IC hilang, kad pengenalan sementara pun ok. Takde masalah. Then untuk mendapatkan 1/2 jam menunggu dan proses tu, provided sistem pengurusan JPJ tempat anda pergi tu ok la. Sebab kat Wangsa Maju, dia asingkan kaunter nak buat lesen dengan urusan-urusan lain. Tu yang best tu!

5. Call for renew kad kreadit.

Tadi report kehilangan kad kreadit. Yang ni nak buat baru plak. Mana-mana kad kreadit pun senang, maklumlah, dia nak bagi kau hutang, memang sanggup la dia bersusah payah demi kau. Uh uh uh.. So, ni pun takda masalah!

6. Buat debit card.

Haaa.. yang ni yang paling mengharukan. Anda tak boleh buat debit card, kalau anda takde IC, kecuali kalau anda buat di cawangan tempat anda buka buku bank tersebut, walaupun anda ada IC sementara. Kalau anda takda  bank card, maknanya, anda tak ada la duit. Kalau tak ada duit, macam anda nak meneruskan kehidupana kat KL yang sungguh menekan nih? Duit nak bayar hilang IC tadi pun, siapa nak tolong bayarkan? Sungguh seperti kisah ayam dan telur. Siapa dulu? Siapa dulu? Walau macamanapun, bank bagi juga lah anda keluarkan duit menggunakan buku bank dan kad pengenalan sementara, limit berapa ratus tah. Seratus dua ratus macam tulah. Tapi kalau kes-kes macam saya ni, seratus dua ratus tu tak cukup, minyak kereta, tol, denda lagi pasal hilang semua kad, makan, dan macam-macam la. Tu yang buat ramai pinjam kat ALONG tuh agaknya. Kalau dah ada IC, boleh la buat debit kad. So kena la bayar lagi untuk kad baru.

7. Buat access card baru.

Kalau anda mempunyai kad access bangunan dalam dompet tuh, sila lah report jugak kepada pihak berwajib. Sebabnya, pertama, pihak berkenaan boleh block access kad anda. Kang ada pula orang guna kad anda dan terjadi sesuatu, dan tentu andalah yang bersalah. Keduanya, boleh la anda dapat kad yang baru.

8. Ambil Kad Kreadit.

Last sekali, tunggulah panggilan bank untuk suruh anda ambil kad kreadit anda. Kalau IC takde, tak boleh ambil ek. Dan bagilah report polis tu. Takut nanti dia suruh anda bayar pulak. Ambil kad kredit tak payah bayar sebenarnya.

Begitulah. Panjang lebar, rasa anda semua takkan baca je. Saya pun pikir 18 kali nak publish, tapi saya pikir kalau orang yang jadi macam saya nih, mungkin maklumat ni berguna la juga. Kalau tak banyak pun, sikit tu boleh la jugak dipakai.

Regards,
~Ha~